Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 31, 2009

BiLa HaTi TeRdeSaK..

Hatiku sakit..
Jiwaku pedih..
tiada siapa yg tahu..
tidak ada yg perasan..

aku cuba istighfar,,Ya Allah,kenapalah aku sedih sangat..apakah dosaku?? detak hatiku "la tahzan,innalaha ma'ana"..aku cuba untuk sembunyikan kesedihan ini dari sahabat-sahabatku,aku tak mahu mereka lihat diriku yg dhaif ini..apa yg harus aku buat??
aku jalan..dan terus jalan...hilangkan diri dari pandangan orang,ke mana harusku pergi??di mana untuk kucari tempat ketenangan?? Ya Allah,aku cuba istighfar lg..betulkah apa yg aku buat??
tunjukkanlah aku jalan.. Ya Allah..aku masih mencari..kenapa??sedih? dari mana munculnya??



tiba-tiba aku nampak satu kenderaan..ALOR SETAR -KANGAR.alhamdulillah..aku tahu ke mana harus kutuju..BAITI JANNATI =).tanpa berfikir panjang aku terus menaiki kenderaan itu.
aku terus melabuhkan diriku di sit tengah..hatiku kelihatan tenang,tapi airmataku masih bertakung..menahan sebak..entah kenapa..mengapa..aku istighfar lagi,cuba tenangkan diri..kenderaan mula bergerak menuju detinasinya..aku pula masih mengenangkan diriku..air mataku mula jatuh tanpa henti..Ya Allah,..tabahkanlah diriku..istighfar ya IBTISAM.Aku bermonolog lagi..ibtisam tenangkan diri,.satu sign board terpampang di mataku AIR HITAM. Alhamdulillah dah sampai..sedikit senyuman kuberikan untuk diriku kerna dah jumpa destinasi ketenanganku.. =) ,berjalan menuju ke rumah dengan penuh harapan..ku lihat kiri ku pandang kanan..erm..tak ada orang?? aku buka dedaun pintu..badanku lemah,perlu rehatkan diri..mataku terpejam sendiri..tiba2,tok!! tok!! eh..mama dah balik..aku tersenyum lihat wajah mama dan adik kesayanganku..tenanglah hatiku melihat telatah mama dan adik..


Ya Allah,.setelah kau berikan aku duri..kau hantarkan aku bunga...Alhamdulillah,.=),

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”


Riwayat Abu Daud





Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Monday, July 27, 2009

kenapa manusia suka mengaibkan sesama sendiri

sakit hati bila memikirkan sikap orang sebegitu,apakah yang mereka fikirkan???
tidakkah mereka memikirkan perasaan orang lain.kenapa mesti nak pentingkan diri sendiri?? hanya fikirkan perasaan diri sendiri,perasaan orang diabaikan,,kenapa perlu riak??
tidakkah sedar semua tu dosa belaka.ke mana ilmu yang dipelajari??sia-sia sahaja jika bermegah-megah dan hanya berkata-kata tetapi tidak mengamalkan...MySpace

Hadith :
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."

Abu Hurairah r.a

Huraian
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Ya ALLAh,jauhkan aku dari sifat-sifat mazmumah.. =(

Monday, July 20, 2009

Insaf Redha Tawakkal

Narrated 'Umar bin Al-Khattab;

I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

Runtuhkan berhala fanatisme dan materialisme. Ideologi manusia berbeza dan ia tidak boleh diubah melainkan jika mereka kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah. Sifat keterbukaan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam mencari kebenaran akan menyelesaikan segala pertelingkahan. Umat Islam patut bersatu daripada segala aspek, ketepikan perbezaan dan raikan persamaan yang wujud diantara kita.

Setiap manusia akan diuji Allah swt dengan pelbagai ujian, semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin besarlah ujian yang akan diberikan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara, contohnya kesedihan ditinggalkan orang yang paling disayang, maka jadikanlah kesedihan itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya. Hasbiyallah...

Di dalam hidup manusia, perasaan di antara lelaki dan wanita merupakan suatu perkara yang hakikat. Jika perasaan itu melampaui batasan, mereka akan mula melupakan siapakah dan dimanakah Yang Maha Mencipta. Dunia ini segalanya adalah ujian daripada Allah swt, bersabarlah menghadapi dugaan dan yakinlah yang janji Allah swt itu akan pasti berlaku. Jangan sampai keluargamu, anak-anakmu, isterimu, dan kekayaanmu menyebabkan kamu lupa kepada Allah swt.

Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal, alangkah indahnya jika balasan itu hanya ditimpakan oleh Allah swt di dunia ini, dan kemudian ia diambil lalu dijadikan pengajaran oleh hambaNya. Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."


Jadikan setiap kesulitan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan

Monday, July 13, 2009

phonology!!

hari ana bljr ilmu aswat (علم الأصوات) dalam bahasa melayu di sebut fonologi.
fonologi (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~melayu~.
aduh!! sush sangat..xfaham pn..tp yang ana tau fonologi ni perkataan yg berbeza tapi benda yang sma. contohnya telefon bimbit..dalam b.inggeris disebut handphone..dalam b.arab mahmul..perkataan,bunyi n bhasa yg berbeza kn?? padahal benda yg sama..hik3

Saturday, July 11, 2009

CINTA YA RABB.. :-)



CINTA..
Tak perlu ku ungkapkan segalanya…
Tak perlu ku isi ruangnya…
Ia datang tanpa ku jemput…
Ia pergi tanpa ku suruh..
Kekadang membahagiakan jiwa…
Kekadang menghiris hati ini…
Setianya menanti..
Taatnya menunggu…

YA RABB..
Tanpa-Mu siapa aku..
Tanpa-Mu sunyinya aku...
Di mana diriku..
Kau selalu ada untuk aku..
Bahagiaku Kau anugerahkan..Alhamdulillah
Sedihku Ujian-Mu..Astaghfirullah
Kesetiaanku hanya untuk-Mu..
Ketaatanku menuju syurga-Mu..

CINTA YA RABB..
Ungkapan bicaraku hanya pada-Mu..
Luahan hatiku hanya untuk-Mu..
Perjuanganku di jalan-Mu..
Hanya CINTA YA RABB pilihanku..

Tuesday, July 7, 2009

MaR! BerDoA!!!



Assalamualaikum..
Doa??
kenapa kita harus berdoa??
itu kerana doa adalah perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:
وقال ربكم أدعوني أستجب لكم
"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".

1. Doa ketika hendak tidur.
بسمك رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
"Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih. (Hadis riwayat Jama'ah).

2. Doa ketika bangun dari tidur.
قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali." (Hadis riwayat Bukhari)

3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هو لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هو لَهُ
"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya". (Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah". (Sunan Tirmizi)

5. Doa ketika berjalan ke Masjid.
ِ اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي
نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا
"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya." (Hadis riwayat Bukhari)
6. Doa ketika memasuki masjid.

اللهم افتح لى أبواب رحمتك
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".

7. Doa ketika keluar dari masjid.
اللهم إني أسألك من فضلك
"Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)

8. Doa ketika hendak makan.
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار با سم الله
"Ya Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah".
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

9. Doa setelah selesai makan.
الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)

10. Doa ketika memasuki tandas.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khaba'ith". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Doa ketika keluar tandas.
الحمد لله الذي أذاقني لذته وصرف عني أذاه
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan aku dari kesakitannya".
(Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)

12. Doa ketika tidak dapat tidur.
اللهم غارت النجوم وهدأت العيون وأنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي يا قيوم إهد ليلى وأنم عينى
"Ya Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlah mataku".

13. Wirid selepas sembahyang.
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Sesiapa yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah setiap sembahyang 33 kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali.

Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca:

إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu". (Hadis riwayat Muslim)

14. Doa ketika selesai majlis.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
"Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat kepadaMU".

15. Doa ketika menaiki kenderaan.
الحمد لله الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
"Segala puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal kami tidak sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali kepada Tuhan kami".

16. Doa ketika bermusafir.
اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير اللهم إني أسألك في سفري هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى اللهم هون علينا سفرنا هذا واطوعنا بعده اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل والولد
"Ya Allah kerana Engkau aku berusadan kerana Engkau aku berjalan dan kerana Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dalam perjalanan ini kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam perjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta, keluarga dan anak-anak".

17. Doa ketika hujan turun.
اللهم صيبا نافعا (مرتين أو ثلاث)
"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)". (Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).

18. Doa ketika mendengar guruh.
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
"Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau binasakan kami dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu". (Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)

19. Doa ketika melihat anak bulan.
الله أكبر اللهم أهله علينا باليمن ولإيمان والسلامة والإسلام والتوفيق لما تحب وترضى ربي وربك الله
"Allah Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh berkat dan iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang Engkau cintai dan Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu, Allah".

20. Doa kepada pengantin.
بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير
"Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan".
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).

21. Doa ketika melihat kanak-kanak.
أعيذك بكلمات الله التامة من كل الشيطان وهامة ومن كل عين لآمة
"Aku bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)

22. Doa ketika menziarahi orang sakit.
اللهم أذهب البأس رب الناس اشف وأنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
"Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang diberikan olehMu, kesembuhan yang tidak disertai rasa sakit".

23. Doa ketika dukacita.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesunggugnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".

24. Doa takziah kematian.
إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
"Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah).

25. Doa dalam sembahyang jenazah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
"Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka".

Marilah kita bersama-sama beramal untuk mendapat Mardhatillah.. ;-)

Monday, July 6, 2009

HaTiKu BeRb!CaRa..

mlam yg sunyi..
hati yg sepi..
sedih yg ditangisi...
kasih yg ingin dihampiri..

kenapa??

mengapa??

mungkin ingin...
mungkin teringin..

untuk..

apa??

siapa??

aku yg sorang..

aku yg hilang..

aku yg tegang..

aku yg kurang..

haruskah aku kekal begini??
terkapai-kapai mencari cahaya..
melonjak-lonjak menarik cinta..

LiMa PeRKaRa ANeH!!!

KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengmbil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan pada helang itu. Setelah mndapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama kau makan tu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan/budi, walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampakjua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidakpernah dikerjakannya.lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia. Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

SeMeSteR 3...

Ni la KOLEJ KEDIAMAN AL-FARABI..
ADA 4 Bangunan..
BRU 2 Bangunan YG DIGUNAKAN tu pun tak siap lagi..ish2..kasihan kat pelajar KUIN..hik2





alhamdulillah..dah masuk semester 3 penuh dengan iltizam yang baru.. :-),.
Ya ALLAh,mmg dugaan betul kali ini,.bersyukur sangat dapat asrama tetapi dukacitanya terpaksa menginap di rumah sewa dahulu sebab asrama baru siap, air dan elektrik pun tak stabil lagi..nak buat apa pun susah..ish2,,sabar je la..tapi baru bez dapat dugaan macam ini..ada cabaran hidup untuk berdikari.. :-).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...