Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 15, 2009


Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachement dr seorg teman...semoga terdetik sesuatu di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

Thursday, May 14, 2009

CaTaTaN MaHaBBaH...

wah,letihnya anis!, tetapi aku seronoklah semasa jadi AJK sukan peringkat negeri.Sekurangnya kita dapat pengalaman kan??Dari riak wajah anis tersenyum mengiyakan kata-kata syam.
tiba-tiba pintu Dorm mawar diselak,kelihatan muka aini tercungap-cungap keletihan.
Eh,cool la beb,kenapa engkau ini aini?soal syam kepada aini.erm..tak ada apa-apalah,mama engkau ada di bawah.
syam kelihatan gembira dengan berita kedatangan mamanya itu.

......................................................................................

"mama!!!...syam terus mencapai tangan puan hamidah..kenapa mama??rindu dekat kakak yer.."
"yela..mestila rindu dekat anak mama.."sambung puan hamidah..
mama ada berita gembira ini..esok syam akan daftarkan diri di sekolah baru,cepat kemaskan barang syam..abah dah lama tunggu dalam kereta tu.."perintah puan hamidah kepada anaknya itu.

tapi mama malam ni biarla kakak tidor di asrama dengan kawan-kawan..boleh kan??pinta syam..

"yela..sayang.esok pagi mama datang ambil.."puan hamidah akur dengan anaknya..

pada malam tu syam nangis sepuas-puasnya,sedih untuk meninggalkan kawan-kawan dan kanangan di sekolah itu.."dah la syam,janganla sedih..setiap pertemuan ada perpisahan.."pujuk anis

hmmm..yela,anis..tapi janji ngan aku,kau tak kan lupankan aku.."pinta syam penuh simpati..

"yela..aku janji..friend forever ya!!!.." sahut anis memberi semangat kepada syam,,

.....................................................................................
bersambung..

pagi ahad yang suram,ibu datang jemputku di sekolah,semua kawan-kawanku melihat dari jauh.
tidak dapat kubayangkan perasaan ketika itu,terlalu susah untuk menerima kenyataa bahawa aku akan pergi jauh dari mereka.
"anis !!! kinah!!! aku tidak akan pernah lupakan kenangan.."detak hatiku sendirian..
Ya Allah..apakah daya..aku redha..oh hati,bersabarlah,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Di sepanjang perjalanan ke sekolah baru...aku diam,aku sedih,kubiarkan air mengalir dari kelopak mataku,terisak-isak sendirian..hanya Allah sahaja yang tau betapa sedihya aku meninggalkan sekolah tercinta itu.aku bermonolog sendirian..mungkin inilah yang terbaik buatku.

petang ahad...
aku sampai di asrama SMKAA, aku disambut sepupuku nadia,ibu tinggalkan aku sendirian agar aku berdikari. Aku dibawa ke biliku khadijah,aku menyelak pintu khadijah,semua memandangku tersenyum tanda menerima kehadiranku. aku tunduk malu,biasalah orang baru.
...............................................................................................................................................................................

BaTaSaN WaNiTa IkUt SyArAk..


Assalamualaikum wbt...

Di sini diterangkan batasan-batasan wanita menurut syarak. Moga artikel ini memberi serba sedikit panduan dalam muslimat bermuamalah dengan kaum yang bukan mahram.....


"Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah
mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu
kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua
punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua
perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap
perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi
sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli,
meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu,
menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya.
Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan
dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang
perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa,
anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu,
lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu
(melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun
lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti
sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan
keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang
perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam
hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong
dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang
perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki
yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan
perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan
hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan
ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu
Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh
seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam
jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal
dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya
Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32
itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar
ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan
gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan
menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan
untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan
bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan
mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah
dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk
menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-
Qur'an,seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah
memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan
perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya
menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut.
Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki
menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang
meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan
seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah
menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang
perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga
dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui
persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar
lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa
mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan
suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak
diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di
dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh
melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang
boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan
bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya
berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang
perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki
ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan
as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh
menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan
lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan
bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi
tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang
perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara
dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh
meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan
perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf
ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-
Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka
bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang
nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan
nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak
baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka
adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin yang tidak
diinginkan oleh lelaki yang jahat, yang tidak menggoyangkan bayangan
lelaki yang tidak baik, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali
imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada
zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari
semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha
Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan
dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik
dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang
tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana.
Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan
sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin.
Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang
najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari
dasarnya.
Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada
masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang
sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan
syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?!
Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik
membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan
kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana
dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini,
perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan
suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks,
setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam
gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap
sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh
terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri
perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya
membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya
dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa
melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya
bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah
memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara
yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-
kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan
oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi
tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda
gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-
main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai
jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa
terdekat atau dalam jangka masa panjang.

oleh itu..marilah sahabat2ku bersama muhasabahkan diri..
agar kita mendapat keredhaan Allah S.W.T..

Wednesday, May 13, 2009

DeTak HaT!


ya Allah...
terimalah taubat hamba-Mu ini..
aku sedar akan kesalahanku..
aku bersyukur mendapat hidayah-Mu..

suatu ketika...
aku masih jahil..
anak muda berdarah panas lg..
tidak kisah dengan nasihat orang..
apatah lagi menghormati orang..

Ya Allah..
apakah jenis dugaan yang KAU berikan ini??..
Aku sudah terlalu leka dengan keduniaan..
tanpa menghiraukan perasaan insan yg tersayang..
terhimpit perasaan bersalah..

aku terlalu sunyi tanpa semangat..
seorang diri melalui keperitan kehidupan..
tiada siapa tahu disebalik senyuman ini..
ada duri di hati..

ya Allah..
aku sedih..
aku hiba..
aku perlukan seseorang..
hanya kepada-Mu..
aku mengadu..

hadiahkanlah aku seorang insan..
yang dapat mencabut duri di hati ini..

IkhTiLaT..


usRaH OnlInE (YM)..

Fahri : Salam..

Thoyyibah : wmsalam..

fahri :ana nk tnye ustazah skit leh??

Thoyyibah :tnya apa?? bleh jer..

Fahri :bole ke x eh laki kwn ngn pmpuan??cnthnye cntct by msg ke..ape ke..cm SMS
r..
Thoyyibah :erm...berkwn tu bleh..tp bl da urusan..tp smmgnya xda istilah kwn krn
ALLAH..sms tu bleh..
Fahri :hurm, k..cnthnya,ana kwn ngn nti r..leh r..cm2??

Thoyyibah :erm..cmna yer..tp

Fahri :tp??

Thoyyibah :kta saudra sesama islam..satu ukhwah..jd suma kwn kta..cma bkn kwn krn
nafsu tp ntuk perjuangkn islam..ntahla,ana pn kdg2 cnfius..

Fahri :cmnie la..ana tlg jwbkn..

Thoyyibah : ok..

Fahri :bkk surah ke 33:53..itu psl bts prgaulan,kalo meeting dpn2 r,sbb nk jage
ati dlm kate2,so, cm2 jelas r..

Thoyyibah :xpaham r..

Fahri :k r..ikhtilat nie prcmpuran,kalo ade laki n pmpuan je,itu ikhtilat..
hukum asalnye adalah HARAM..tp imam al-ghazali bhskn dlm bbrape prkare
dbolehkn..cnthnya, cm pndidikan,prubatan,prdagangan,perkahwinan..tp 2 r..
kne jage gk r..sbb kalo tgk surah 30:21..
cite psl manusia wajr cnderung pd lain jenisnye..tkot2 jd cm2 la..
Thoyyibah :emem..btl2..

Fahri :so, nti rs leh ke laki pmpuan kwn??

Thoyyibah :xleh kcuali da urusan...kn??

Fahri :kwn boleh..tp ikot kprluan bkn khendak,dpt bezkn kprluan n khndkkn??
kalo kite nk itu desire..kalo prlu, mngkin t'pakse..
so, jelas x??
Thoyyibah :oo..mcm tu..

Fahri :k r..ana dh nk out ni..ada apa2 lg??

Thoyyibah :k..xda apa2 dh,syukron..

Fahri :afwan,ana undur diri dlu..salam..

Thoyyibah :wmsalam,..

Tuesday, May 12, 2009

KeKaSihku.. :-)







Ya ALLAh..
Aku sgt Merinduinya..



Aku Sedar diri Ku lemah tanpa Pegangan..
jadikanlah aku setabah dirinya..


Dekatkanlah aku dengan dirinya..
agar aku mendapat shafaatnya nanti..

Ya allah..
aku sgt mencintainya..
NABI MUHAMAD S.A.W... ;-)

Tuesday, May 5, 2009

DuRratul QalB


SalaMuLLah..
dalam meniti jalan dakwah amat perlukan keteguhan hati..
aku di sini masih lagi mencari siapa aku untuk perjuangan islam...

aku rindukan perjuangan Di jalan-Mu..
beriknlah aku keberkatan-Mu agar aku dapat bebas du jalan-Mu..

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, 128);">“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab,“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasululda menjawab, Dengan solat, puasa dana kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”(riwayat al-Tabrani

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung,;">“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya,”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. >Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...