Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 25, 2009

Hari Kelahiran

hazal yaum : 25 december 2009

Firman Allah S.W.T :

"Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dari saripati(berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani(yang disimpan) dalam tempat yang kokoh(Rahim). Kemudian. air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulan itu kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang(berbentuk) lain. Mahasuci Allah pencipta yang paling baik." Al-mu'minun : 12-14

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ruh(ciptaan)-Nya ke dalam (tubuhnya) dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." As-Sajdah : 9 (cpy from nailul http://nurisham89.blogspot.com )

Alhamdulillah,hari ni genapnya umurku ke-20..aku masih lg dpt mlihat dunia yg serba indah ini..itulah kehebatan MAHA KUASA ALLAH S.W.T.. semakin mningkatnya usiaku,semakin matanglah aku..insyaAllahh...

perjalanan hidupku masih lagi jauh..yg mna stu arah masih lagi aku ragui,yg pasti aku masih meneruskn perjalanan ini dgn harapan dan azam yang baru. aku tau semakin hari,semakin bnyak dugaan yg perlu aku tempuhi...tetapi dugaan itu mgkn akn membuatkan aku lebih tabah =)..insyaAllah..

perjuanganku masih lagi tidak kelihatan..mgkn aku terlalu lalai..alpa..terlupa taklif dari-NYA..Ya ALLAh..andai kehidupan inilah perjuanganku..bantulah aku,tunjukkanlah aku jalan lurus-MU agar aku tidak jauh dari-MU..AMEEN

Thursday, December 24, 2009

Perjalanan hidupku masih lagi jauh

perjalanan hidupku masih jauh
aku tinggal di dunia aku sendiri
namun aku tidak mengerti
kerna apa-apa saja boleh berlaku
bila aku mengambil peluang

aku tidak pernah percaya
mengapa aku biarkan diriku percaya
yang keajaiban boleh berlaku
aku tidak menyangka yang aku terlalu alpa
apa yang tidak aku nampak
aku tidak pernah membuka hatiku

#### the End####

Wednesday, December 23, 2009

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


yaa..kdg2 suma inilah yg terjadi...tiada yg mudah,,ada yg payah...xmungkin juga mengalah..

Tuesday, December 15, 2009

Bicara Hati Seorang Wanita....

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan


Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat
dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.


Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……


Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di
medan jihad :


“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMuInilah pengaduan harap dan munajatKiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

Friday, December 4, 2009

Sajak Sahabat

Ada kalanya...
kuingin sekali tersenyum
mengenang wajahmu dan manis senyummu
kembali memutar kenangan lalu
beriak tenang di tasik hatiku...

Ada kalanya...
kuingin sekali membelai harapan
mewarna impian yang kian lama tercipta
mengubah jaluran pelangi milik kita

namun, ada kalanya...
kutakut segalanya tak terrealisasi
sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari
ku takut air mata kan gugur lagi

Kasih, perasaan apa yang berputik kini
hingga mengganggu emosi diri
hingga malamku sendat dengan mimpi

Kusangsi...
di mana letaknya bahagia
cukupkah dengan bersandiwara
seperti tiada getar di dalam rasa
seperti tiada cinta di dalam hati...

namun... terlalu sukarnya meluah rasa
terlalu payahnya menutur kata
saat bila kan terlaksana...
kasih ini apa kesudahannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...