Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 19, 2011

pabila dia menjejak~~




yaa ukhti..
ana suka pencinta ilmu seperti ukhti..:)
>>oh tidak! bagaikan nk luruh jantungku pabila mndpt mesej seperti itu..
semakin rasa tawar hati terhadap insan ini..

ustazah..
ana npk ustazah tadi..
ustazah nampak alim dan baik..'sejuk hati ana melihat ustazah..
>>ayat itu!! ya Allah,sakitnya hatiku...astaghfirullah.kenapa mereka tidak mnjaga pandangan mata walaupon untuk seketika.

ustazah..
ana anggap dia mcm adik je ustazah,ana sudah berpunya..tapi ana tetap sayangka dia,tak sanggup mlepaskan dia.
>> dlm hati pasrah.wahai insan,apakah yang kau fikirkan.

awak..
saya dh lama sukakn awk.klu saya xda awek,mmg saya nk kt awak.
>> astaghfirullah,ape semua ni??

wahai insan...
simpankahlah kata2mu..
jauhkanlah pandanganmu..
usahlah kau luahkan rasa..
bukan ini yang kami pinta..

kami tidak mengharapkan pujian...
juga bukan untuk harapan..
kami hanya mahu kesetiaan..
pada RaBBUL WaDuD..

lelaki acuan al-quran adalah lelaki yang menjaga pandangannya,diamnya berfikir,kata2nya berzikir,pergaulannya terbatas,perjuangannya istiqamah.jihad akhbarnya lawan hawa nafsu,..

yang cintanya diluahkan hanya pada rabbul izzati,,..itulah yang kami cari.









Thursday, February 17, 2011

Bila hati penuh hasad



ok. bila cakap soal hati ni,macam-macam ada la kan..suka,kasih,sayang,cinta,,yang paling menarik benci dan "HASAD'..
sebab HASAD putus persaudaraan..
sebab HASAD putus sahabat..
sebab HASAD putus hubungan silaturrahim sesama islam..nauzubillah >,<

jom tengok maksud HASAD :
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain.
mungkin kita terlupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberi-Nya,..
ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.
Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain. Permusuhan awal bermula antara Adam dan iblis. Iblis melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana hasadnya terhadap Adam

Firma ALLAH :
“Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” – (Surah al-A’raf, ayat 12)

Jom Renung ayat di atas elok2..
memang hina orang tu kalau ada hasad dengki (maaf kasar),
benda betul kan?? itu ialah sifat Iblis lah :P...ayoyo...
mungkin tak sedar kot ada sifat seperti itu ( cuba bersangka baik) :p

ada satu lagi Firman ALLAH :
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)

ayat ni pula nak mengingatkan kita tentang keutamaan zuhud dan lapang dada terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang lain serta kewajipan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan, semua ini akan menimbulkan sifat menerima dan kaya hati.
Jangan lupa yer kawan-kawan,,ustaz kita pesan tak baik berhasad..jika orang dalam kesusahan,kita tolong..jika dalam kesenangan kita harus tumpang gembira bukan sertakan hasad..ishhhhh (ana mcm tu ke??) glurpp22!!
nak tau tak kesan-kesan orang ada hasad dengki ni??

Meh nak tunjuk :))

  • Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. 
  • Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. 
  • Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. 
  • Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu. 
  • Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain. 
  • Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. 
  • Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. 
  • Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. 
  • Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. 
  • Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. 
Haa..dah habis baca ke belum?? jom!! ana nak bermuhasabah diri jap, rasa cam ada je sifat tu >,<


Friday, February 11, 2011

Naqdul adabi






Istilah
"NAQOD" dalam bahasa melayu membawa erti kritikan ataupun perbandingan di antara dua perkara samadaperkara tersebut diterima atau ditolak..
Dalam saster arab, kritikan memainkan peranan penting bagi memastikan satu sastera itu baik, sedap didengari, menusuk kalbu serta dapat memberi kesan pada si pendengar ataupun satu sastera itu buruk, terdapat banyak kesalahan, tidak sedap didengari serta ditolak. Tidak kira kritikan ini dalam prihal syi'ri ( syair ) atau pun nathri ( hal yang berkaitan dengan prosa bahasa arab )

Dalam bahasa arab perkataan naqod membawa banyak maksud. Para ulama bahasa telah menyimpulkan maksud bagi perkataan ini kepada 4 maksud besar :

1) Membezakan : perbezaan sesuatu perkara bagi mendapatkan serta mengetahui perkara yang baik dan diterima dari yang ditolak.
2) Pemberian, penganugerahan : Memberikan penganugerahan terhadap sesuatu perkara
3) Penilitian : Mengekalkan pandangan kepada sesuatu , melakukan pencarian yang mendalam, memilih untuk sampai kepada hakikat sesuatu atau berhasil atas menyelami perkara yang tersembunyi
4) Kesakitan : Seperti disebut dalam bahasa arab akan perasaan di sengat " naqod" , seolah2 kamu menghendaki akan ta'bir tidak redo atas penyegat.

Apabila dilihat dari ke empat2 maksud di atas, dapat kita lihat satu persamaan antara maksud lughawi yag pelbagai dengan maksud yang di kehendaki oleh sastera ( adab ). Hal yang demikian itu dapat kita teliti dengan melihat keadaan nuqad ( kritikan) itu sendri sebagai satu jalan untuk membezakan serta memisahkan antara yanb elok dan buruk dalam sastera arab.

Juga memberikan serta meletakkan tahap bagi sesuatu adab itu disamping melihat dan mengkaji dengan sedalam-dalamnya setiap sudut keadaan adab tersebut dari segi kesalahan mahupun kecacatan yang terdapat pada keadaan apa yang berkaitan dengan syakhsiyyah individu pengarang, zamannya, keadaan persekitarannya, bait karangan serta segala hal-hal lain yang berkaitan dengan adab. 

Permulaan kritikan dalam sastera arab
Apabila kita ingin membincangkan akan persoalan bilakan bermulanya kritikan terhadap sastera arab ini? pasti kita tidak akan dapat jawapan sebenar bagi persoalan ini, ini kerana ulama2 bahasa sendiri tidak dapat memastikan tarikh yang sebenar bagi menjawap persoalan tersebut.

Hal ini kerana apa yang sampai kepada ulama2 bahasa yang mutaakhirin pada fatrah jahilyyah tidak lebih dari hal yang berkaitan satu setengah qurun yang lalu sahaja. Yang sampai hanyalah perkara yang sangat sedikit daripada para pensyair dan nathirin, ianya melalui jalan perhubungan atau penghafalan yang didengarkan secara mutawatir daripada khutbah atau nasihat juga daripada kata2 hikmah para hukama.

kritikanini bermula ketika manusia mempelajari akan ta'bir prihal diri sendiri. ini bermaksud pada tersebut mereka hanya mengkritik akan prihal syair atau nathr pada ilmu yang ada pada diri mereka sendiri. Ini adalah disebabkan kerana tujuan mereka untuk menjaga akan kemuliaan serta kebanggan diri sendiri dan kabilah mereka. Setiap kabilah mempuyai kabilah mereka yang tersendiri bagi menunjukkan keizzahan dan kehebatan kabilah mereka.

 Adab pada Zaman Jahilyyah.

Adab pada zaman jahiliah hanyalah berkisarkan tentang perkara dan keadaan fitrah kehidupan mereka berpandukan kepada zuk perasaan serta sikap individu. Para pensyair pada zaman tersebut mentadbirkan akan segala bentuk kehidupan di sekeliling mengikut kepada permandangan serta peristiwa yang berlaku.

Antara gambaran fitriyyah yang ada pada zaman jahiliyyah ialah peperangan dan perdamaian antara kabilah, kekuatan serta kelemahan, segala hal yang berkaitan dengan keadaan arab asli, kebangaan serat sikap taassub dengan kabilah, memuliakan tetamu, permandangan gurun pasir serta binatang2 ternakan dan sebagainya..

Antara contoh adab yang terdapat pada zaman ini ialah syair yang telah dibuat oleh Syanfiri Al-azdi menceritakan tentang gambaran keadaan masyarakat arab dalam memuliakan tetamu mereka. juga syair yang telah didendangkan oleh suwid bin Abi Kahil pada menceritakan dengan pujian terhadap kebanggaan mereka kepada kemuliaan serta kehebatan kabilah mereka..

Naqad pada zaman ini..

Kaum jahilyyah pada ketika ini tidak mengetahui akan kaedah serta cara kritika adabi seperti mana kita telah mengetahuinya sekarang, ini kerana keadaan kritikan terhadap adab pada zaman itu adalah secara fitriyyan bagi mereka. kritikan hanya berlaku sekadar membetulkan keadaan beberapa perkataan dalam syair yang tidak sedap didengari atau salah dari segi pengunaan perkataan.

Sebagai contoh apa yang di riwayatkan oleh Torofah bin Ubad syair yang dibuat oleh Musayyib bin A'as dalam penggunaan perkataan "naji" sebagai sifat bagi"Soiariyyah" dalam syairnya. Perkara ini dikritik kerana perkataan "soiariyyah" adalah sifat khusus untuk unta betina manakala perkataan "naji" digunakan khusus untuk unta jantan, maka pengunaan perkataan dalam syair ini telah terdapat kesalahan.

Perkara ini menunjukkan terdapatnya kritikan dalam zaman jahiliyyah cuma keadaannya tidaklah sehebat pada zaman seterusnya yang mempunyai penilitianyang sanagt mendalam dalam menilai kualiti sesuatu sayir, akan tetapi hanyalah sebagai sifat fitriyyan bagi mereka membetulkan keadaan syair atau nathr yang telah mereka buat.

Antara malamih kritikan yang dapat di petik dari zaman jahiliyyah ini adalah di antaranya

- mudah dalam pengambilan.
- hampir dengan pemahaman serta kehendak.
- bersambung dengan nas dari segi lafaz dan makna.
- menekankan atau mengambil berat akan kesahihan ibarat yang digunakan, penggunaan bahasa yang tepat dalam mengambarkan saliqoh arab asal.
- sensitiviti dengan kesan syair pada diri pendengar.
- tidak terkesannya naqad adabi pada zaman ini dengan sebarang kesan luar, hanya sanya adalah kritikan arab ayang asli.
- tidak didapati dapam naqad adabi pada zaman ini sebarang tahlilat fikriyyah ataupun pembahagian falsafah.

Monday, February 7, 2011

Nota Cinta

ku lajakkan langkah yang sepi,
ku mengheret diri yang lali,
ku jadikan jalan sebagai hati,
namun kutetap kaku berdiri,

nota-nota cinta yg telah ku titipkan untukmu,
agar kau percaya akan kesetiaanku,
sekiranya kau memahami khilaf maluku,
 andainya kau tahu rahsia hatiku,

ku susunkan kuntuman bunga di taman kita,
ku lakarkan cinta pada papan tanda,
moga kau mengerti kata-kata cinta,
agar kau tahu ku menanti satu jiwa,







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...