Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 10, 2012

Gelora Hati

Senyum, Pena diariku..

sungguh senyum hari ini aku ingin bersendirian. mugkin kerana gelora hati yang tak menentu. perasaan ingin mencintai itu adalah fitrah manusia, tapi senyum kadang2 aku tak dapat memelihara perasaan itu dengan baik. aku takut senyum. setiap hari kuhadiahkan Al-Fatihah buat calon imamku agar dia sentiasa dipelihara iman.  begitu juga dengan diriku. aku akan cuba untuk menjadi yang solehah daripada yang solehah-solehah. ku jadikan "calon imamku" sebagai inspirasi untuk ku teruskan perjuangan ini. Moga aku bertemu dengan calon imamku kerana ALLAh. subna-Allah :)


senyum. aku harap cinta aku seperti ini ^^
senyum, jauh ku renung dari jendela maktabah. apakah hati itu akan akan berubah-ubah? bukan aku minta untuk setia pada manusia. aku terharu kesetiaanya pada yang MAHA ESA. aku berharap kesetiaan itu adalah istiqamahnya.

Sunday, January 8, 2012

wahai si senyum

selamat pagi senyum.
senyum, aku nak kau tau yang aku selalu ingin jadi seperti kau,senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, kekadang aku boleh senyum.kekadang senyum hambar,kekadang tak dapat nak senyum..aku punya masalah hati terlalu banyak.

wahai senyum,
aku selalu berdoa kepada Allah agar dikuatkan iman,tapi apakah daya diri ini,manusia yang tak boleh lari dari kesilapan,lalai dengan urusan dunia. senyum, bukannya aku tak sedar kekhilafan diri tapi aku kekadang aku rasa lemah. jgn risau senyum, aku akan cuba untuk menjadi muslimah yang tabah. insyaAllah.

senyum,
hari ni aku rasa jiwa serabut. fikiranku kusut. hati yang tak menentu. aku tak faham senyum, apa yang membuatkan roh aku berkeliaran entah ke mana. aku beristighfar..mungkin kerana aku terlupa DIA ,itulah kelemahan aku, sedih wahai senyum..kenapa aku terlalu alpa sebegini..padahal DIA memberikan segalanya padaku..DIA sangat sayangkan aku hinggakan Dia datangkan ujian-ujian untuk aku selalu ingatkan DIA. tapi senyum,kekadang aku mengeluh sendiri..seolah aku tak menghargai kasih sayang yang telah diberikan..Ya ALLAH, Ampunkan dosa  hamba-MU ini. Amin.

baiklah senyum. terima kasih sudi mendengar kata hatiku. izinkan aku selalu bersama kau senyum.










Tuesday, January 3, 2012

Hadis Sahih ^^




 
Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan. 

Syarat hadith sahih 

a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat. 

b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ; 

- Muslim. 
- Baligh. 
- Berakal. 
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil. 
- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan. 

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit. 

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa. 

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya. 

d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan. 

e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq. 

1. Hadith Sahih Li Zaatihi: 
Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit. 

Dari sudut istilah: 

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi

apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk: 


Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih. 

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.


Hadith Sahih

Hukumnya: 

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya. 

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah. 

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis. 

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu. 

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan). 

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda. 

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan: 

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi). 

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain). 

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 
7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

Monday, January 2, 2012

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjudku



Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.


“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!


“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”


“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]


“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”


“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]


“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”


“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]


“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”


“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]


“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”


“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]


“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”


“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]


“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”


“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]


“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”


“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]


SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.


Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.


Terima kasih Allah.


Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.


Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.


Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.


Terima kasih ya Allah!


....قال الله تعالى

-وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ-

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


p/ s : copy dari sahabat ^^

Sunday, January 1, 2012

Assalamulalaikum...

Setelah sekian lama menyepi..alhamdulillah kini rasa ingin kembali ke alam blog yang disayangi. bak kata diri sendiri la kan " rasa kosong tanpa blog" ahahaha~~~
Sempena tahun baru ni kan..azam pun baru..cuma nak gtau je la... i dah masuk sem last. yahooo !! alhamdulillah. tak sabar juga nak masuk alam pekerjaan ni..sebelum tu rsa nak masuk alam perkahwinan dulu la plak..aisshhhh.. datanglah wahai calon imamku..
lapaq plak rasa. jom makan dlu. bai. :)))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...