Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan


Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.

Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya.

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat.

Kelebihan 10 malam terakhir seolah-olah tidak langsung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan, ada di kalangan muda-mudi Islam yang keluar malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa dan malu.

Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal membudayakan suasana ibadah khususnya pada 10 malam terakhir ini. Anak-anak perlukan satu panduan dan contoh dari ibu bapa.

Sebaliknya jika ibu bapa turut serta mengabaikan ibadah di penghujung Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau surau hanya untuk membuat bising dan bermain mercun.

Apa yang dimaksudkan dengan baginda SAW menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini.

Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.

Firman Allah SWT: Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.

Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.


Ketika cinta berbunga syurga


Seorang teman yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik.
teman sejati yang boleh diajak bercints untuk syurga.
Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu,bukan kerana darjatmu,tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri,yang tercipta dari keikhlasan hati.
dia mencintaimu kerana Allah.
Kekuatan cinta itu akan melahirkan kekuatan yang dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan.
kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan memnbawa kamu masuk syurga.

itulah yang dimaksudkan dengan KETIKA CINTA BERBUNGA SYURGA...satu pertemuan yang menjanjikan satu matlamat.

ayat surah an-nur, yang mengatakan, bahawa, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja..dan yang sebaliknya juga begitu.


tetapi Adalah tidak mustahil jika kita mendapat pasangan hidup yang baik walaupun kita tidak baik. Semuanya bergantung kepada usaha kita ke arahnya dan kehendak Allah Taala.

Manusia kadangkala terlalu taksub dengan ke'baik'an sehingga tidak terbuka saat menerima ke'lemah'an. Sedangkan jika suatu kelemahan itu dipandang sebagai ujian, suatu cabaran dalam melihat usaha kita membawa ia menjadi suatu pengakhiran yang baik, insyaALLAH suatu manfaat pasti kelihatan dan saat itu manusia akan sedar bahawa, di dalam setiap ketentuanNYA, pasti punya kebaikan buat kita. Itu jika kita sentiasa khusnuldzon kepada yang maha Mengetahui. Wallahua'lam.

Sunday, August 29, 2010

teringat pada musytaq.


Isim Musytaq,
الاسم المشتق , ialah Isim yang diambil daripada kalimat fi’il atau dibentuk dari kalimat fi’il. Dia seumpama kata nama terbitan dalam tatabahasa Melayu. Contoh , عَلِمَ -mengetahui- adalah fi’il berubah bentuk menjadi عَالِمٌ - yang mengetahui -.

Terdapat 10 jenis kalimat dibawah Isim Musytaq:

1) Isim Fa’il - إسمُ الفاعل
Isim yang menunjukkan yang melakukan perbuatan tersebut.

2) Isim Maf’ul - اسمُ المفعول
Isim yang menunjukkan yang dikenakan perbuatan tersebut.

3) Sifat Musyabbahah - الصفةُ المشبّهةُ
Isim yang menyerupai fa’il tetapi lebih tertumpu kepada sifat daripada fi’il yang tetap.

4) Mubalaghah Isim Fa’il - مبالغةُ اسمِ الفاعل
Isim Fa’il yang menunjukkan penyampaian makna perbuatan yang bersangatan dan menguatkannya.

5) Isim Tafdhil - اسمُ التَّفضيل
Isim yang menunjukkan perbandingan kelebihan ke atas satu-satu perbuatan.

6) Isim Zaman - اسمُ الزمان
Isim yang menunjukkan waktu terjadinya perbuatan itu.

7) Isim Makan - اسمُ المكان
Isim yang menunjukkan tempat terjadinya perbuatan itu.

8) Isim Mashdar Mim - المصدرُ الميميُّ
Isim Mashdar yang dimulai dengan huruf mim م

9) Isim Mashdar dari fi’il bukan Thulasi Mujarrad - مصدرُ الفعل فوق الثلاثيّ المجرَّد ِ

10) Isim Aalat - اسمُ الآلة
Isim yang diambil daripada fi’il menunjukkan alat untuk melakukan perbuatan tersebut seperti مفتاحٍ, alat membuka (kunci) daripada fi’il فتحَ .

Setiap jenis kalimat dibawah isim musytaq ada perbincangannya yang tersendiri seperti Isim Mashdar. Isim mashdar ada sebahagiannya daripada isim jamid ma'nan.

Saturday, August 28, 2010

titisan cinta.


pabila hari esok datang lagi,
aku tak ingin jadi begini,
biarlah ia pergi sendiri,
usah dipaksa menjadi,

pabila terjadi diqalbi,
apa akan jadi pada hati,
buanglah ia wahai nafsi,
jadikan satu pada diri,

ku buka pintu untuk disedari,
sepi ini menjadi suci,
ku ikatkan tali qawwi,
serlahkan cinta pada ilahi,

ku himpukan rimbunan daun insani,
agar ia menjadi satu tautan hati,
ku cantumkan bunga hakiki,
sinarkan hubb pada RABBI..








Friday, August 27, 2010

Menghidupkan pena kembali



malam yang indah di bulan ramadhan.aku bertafakur sendirian waktu demi waktu apa yang harus aku lakukan.aku membuka kembali mesej pesanan ringkas (sms) yang kuterima petang tadi daripada seorang teman. mengingatkan aku untuk menghadirkan diri ke kelas akademi seni penulisan kreatif (kesnaf),pada mulanya berat untukku menghadirkan diri kerana semangat yang lama itu telah hilang.

sejenak aku merenung mesej itu,tiba-tiba semangat itu berlari-lari dan mendukung diriku yang lemah ini.

oh aku patut pergi ke majlis ilmu itu,tiada rugi jika mendapatkan ilmu,lebih rugi jika menjauhi ilmu.
inilah masanya aku mendekatkan diri terhadap penulisan dalam perjuangan dakwahku.

Allah SWt sendiri menegaskan wujudnya penulisan dalam kerajaan-Nya YAng Maha Agung itu dengan firman-Nya :

".....Dan sesungguhnya Kami menuliskan perlakuan-perlakuan yang mereka telah lakukan dan bekas-bekas peninggalan mereka" {yaasiin :12}


Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Monday, August 9, 2010

Ahlan ya Ramadhan..

Alhamdulillah...
aku bersyukur dapat bertemu lagi dgn Ramadhan...
aku berharap kali aku dapat menjalani ibadah ini dgn penuh ikhlas dan tawadhuk.
bulan yg mulia ini akn mnjadikn aku lebih sabar untuk menghadapi mehnah dari-Nya. Kekuatan yg aku akan petik dr ramadhan supaya aku menjadi lebih tabah.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Wednesday, August 4, 2010

qalb...

ya ALLAH...

hatiku akn senang bila tgk dia bahagia...
ALHAMDULILLAH........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...