Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 16, 2013

Saat Lafaz sakinah :)


Jodoh yang tak dapat kita sangka. yang tak dapat kita bayangkan. kalau nama itu jodoh sudah tentu Allah permudahkan segala urusan. kalau nama itu jodoh kau larilah seribu batu pun..itlah jodoh kau !
ya..dia menjadi mliliku sementera di dunia.
Alhamdulillah aku menjadi milik dia yang sementara di dunia. Moga Allah temukan kami di syorga yang kekal.

jam 10.30 pg, dia dan keluarga tiba di dewan. serius ketaq. tangan mula sejuk...bakal jadi istri org oii. haihh.kaki mula menngedikk..kebas..lenguh kasut tumit tinggi. tak pernah pakai ok.hee.
berapa minit kemudian tok kadi pula sampai.
ahhh menggelabah sakan. Tepat jam 11.00 pagi..Saat lafaz sakinah,aku terima nikahnya ibtisam bt mohd bakri..... )
Alhamdulillah, sah menjadi isteri kepada en.suami Mohd faizudin. alhamdulillah ala kulli hal. kurniaan Allah yang tak ternilai. Satu ikatan atas keredhaan Allah. moga hubungan yang dibina ini sentiasa dalam rahmat-Nya :).

Buat suami tercinta,
Saat lafaz sakinah termaktub,
telah kuserahkan segala jiwa dan raga,
moga kau dan aku saling menghargai.:)

Tuesday, July 16, 2013

hakikat

kadang
kena terima
hakikat hidup,
bahawa
semua adala sama,
tetapi,
cara kita.. cara kita
berbeza

Monday, June 10, 2013

Sengaja biarkan terjatuh.

ada kau tahu..
aku sengaja..
biarkan..

ada kau tahu..
aku sengaja..
jatuhkan..

ada kau tahu..
hati ini..
aku sngaja..
biarkan..
terjatuh dalam gaung cinta yang menyakitkan.

kan aku dah bilang..
kau tak pernah tahu..
sakitnya terjatuh cinta...

Tuesday, May 28, 2013

Hanya Pada Nama

Aku tahu apa yag kau buat..
aku diam..
Aku tunggu..
tidak..
bukan aku tunggu kau..
aku tunggu..
petunjuk Allah..

oh semua ni hanya pada nama ikatan yang tidak tahu mana pergi perasaan.


Saturday, May 25, 2013

Langkah Pertama

sunyi malam..
memikirkan situasi siang tadi..
antara percaya tidak percaya..
jodoh yang mungkin akan datang..
pasti tidak pasti..
itu hidup untuk masa hadapan..
Hati..
ku mohon kau serahkan segalanya pada Allah..

Alhamdulillah ala kulli hal ^^




Wednesday, April 17, 2013

itu cinta

kau maki,
aku caci,
jalan kau kiri,
jalan aku kanan,
tapi hati kita sama.
itulah cinta.

Thursday, March 15, 2012

nafsi- nafsi ~~Usah Pentingkan Diri Sendiri

salam semua :)


dah lama tak datang menari dalam dunia blog ini. serius cik simple ni sangat sibuk, almaklumlah semester akhir. konon ~  dalam keadaan tertekan dengan benda-benda alah yakni assigment ni, bloglah peneman stress ni. cik simple tak nak cakap banyak,nak menaip je lebih,ahaha !! ok2..stop merepek sat ^^

sebenarnya bila cik simple buat assigment selalu terdengar suara "nafsi-nafsi". nak tau apa tu nafsi? mai nak terang maksudnya dulu. nafsi ni perkataan asalnya ialah nafs,maksudnya diri,nafsi2 plak mksudnya sendiri2, pendek kata hang2 aku2 laa..ianya mai dari bahasa arab.. cik simple kn pelajar jurusan arab. konon lagi!!

ok sory to say nah, cik simple bukan nak kutuk sapa2,tapi cik simple rasa terkilan dengan insan2 yang selalu pegang prinsip nafsi2. tak salah kan saling tolong menolong, markah itu tak penting pun, apa yang penting adalah ilmu. rasa pelik..megah sangat dengan ilmu secetek itu,tolonglah jangan perasaan sangat ,wahai insan! janganlah pentingkan diri sampai terlupa kepentingan orang lain. mna sifat kasih sayang atau peduli sesama diri? perlukah buang sifat itu hanya kerana nak berjaya, nonsense !!!!


serius korang nampak macam orang soleh2, tapi bila buat kelakuan macam, hilang plak rsa hormat kat orang mcm tu. sekian.

mai cik simple nak hadiah satu haadis kat orang2 macam ni..hadisnya berbunyi begini ~~~~~



Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
 
(Muslim)

 p/s : cik simple bt pos ni sbb geram kwn cik simple terkena ngan org di atas..herrhh!!! aduyaii. istighfar2  ><
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...