Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 10, 2013

Sengaja biarkan terjatuh.

ada kau tahu..
aku sengaja..
biarkan..

ada kau tahu..
aku sengaja..
jatuhkan..

ada kau tahu..
hati ini..
aku sngaja..
biarkan..
terjatuh dalam gaung cinta yang menyakitkan.

kan aku dah bilang..
kau tak pernah tahu..
sakitnya terjatuh cinta...

Tuesday, May 28, 2013

Hanya Pada Nama

Aku tahu apa yag kau buat..
aku diam..
Aku tunggu..
tidak..
bukan aku tunggu kau..
aku tunggu..
petunjuk Allah..

oh semua ni hanya pada nama ikatan yang tidak tahu mana pergi perasaan.


Saturday, May 25, 2013

Langkah Pertama

sunyi malam..
memikirkan situasi siang tadi..
antara percaya tidak percaya..
jodoh yang mungkin akan datang..
pasti tidak pasti..
itu hidup untuk masa hadapan..
Hati..
ku mohon kau serahkan segalanya pada Allah..

Alhamdulillah ala kulli hal ^^




Wednesday, April 17, 2013

itu cinta

kau maki,
aku caci,
jalan kau kiri,
jalan aku kanan,
tapi hati kita sama.
itulah cinta.

Thursday, March 15, 2012

nafsi- nafsi ~~Usah Pentingkan Diri Sendiri

salam semua :)


dah lama tak datang menari dalam dunia blog ini. serius cik simple ni sangat sibuk, almaklumlah semester akhir. konon ~  dalam keadaan tertekan dengan benda-benda alah yakni assigment ni, bloglah peneman stress ni. cik simple tak nak cakap banyak,nak menaip je lebih,ahaha !! ok2..stop merepek sat ^^

sebenarnya bila cik simple buat assigment selalu terdengar suara "nafsi-nafsi". nak tau apa tu nafsi? mai nak terang maksudnya dulu. nafsi ni perkataan asalnya ialah nafs,maksudnya diri,nafsi2 plak mksudnya sendiri2, pendek kata hang2 aku2 laa..ianya mai dari bahasa arab.. cik simple kn pelajar jurusan arab. konon lagi!!

ok sory to say nah, cik simple bukan nak kutuk sapa2,tapi cik simple rasa terkilan dengan insan2 yang selalu pegang prinsip nafsi2. tak salah kan saling tolong menolong, markah itu tak penting pun, apa yang penting adalah ilmu. rasa pelik..megah sangat dengan ilmu secetek itu,tolonglah jangan perasaan sangat ,wahai insan! janganlah pentingkan diri sampai terlupa kepentingan orang lain. mna sifat kasih sayang atau peduli sesama diri? perlukah buang sifat itu hanya kerana nak berjaya, nonsense !!!!


serius korang nampak macam orang soleh2, tapi bila buat kelakuan macam, hilang plak rsa hormat kat orang mcm tu. sekian.

mai cik simple nak hadiah satu haadis kat orang2 macam ni..hadisnya berbunyi begini ~~~~~



Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
 
(Muslim)

 p/s : cik simple bt pos ni sbb geram kwn cik simple terkena ngan org di atas..herrhh!!! aduyaii. istighfar2  ><

Sunday, February 12, 2012

Itu Anugerah ALLAH.



Termenung sendiri dengan kata-kata itu. tapi aku tetap ingin menjadi hamba yang bersyukur. bukan aku pinta menjadi seperti ini, aku berharap kau menerima aku dengan seadanya seperti orang lain menghargai diriku. tak ada manusia yang sempurna, tak ada juga yang terpelihara daripada dosa yakni maksum.

Baik kepadamu maupun kepada nabi sebelummu telah diwahyukan: "Jika engkau mempersekutukan Tuhan, maka akan terbuang percumalah segala amalmu dan pastilah engkau menjadi orang yang merugi. Karena itu sembahlah Allah olehmu, dan jadilah orang yang bersyukur (Az-Zumar: 65-66)

 kalau kau pentingkan kecantikan, kau hanya akan dapat cantik, ianya tidak membawa ke mana-mana. Dimata kau aku tak cantik, tak macam orang lain, kayu, lurus tapi jangan kau lupa. kecantikan ini adalah anugerah ALLAH. kau lupakah ? yang kau hina ini adalah anugerah ALLAH.

Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) Karunia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)

aku diam dengan kata-kata itu kerana aku tak mampu nak membalas apa2, aku tak nak jadi hamba yang tak bersyukur. sekurangnya aku diberi anugerah pancaindera yang sempurna untuk beribadah kepada-Nya. jangan kau hina lagi anugerah ini.

"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" (An-Nahl: 18).



Tuesday, January 10, 2012

Gelora Hati

Senyum, Pena diariku..

sungguh senyum hari ini aku ingin bersendirian. mugkin kerana gelora hati yang tak menentu. perasaan ingin mencintai itu adalah fitrah manusia, tapi senyum kadang2 aku tak dapat memelihara perasaan itu dengan baik. aku takut senyum. setiap hari kuhadiahkan Al-Fatihah buat calon imamku agar dia sentiasa dipelihara iman.  begitu juga dengan diriku. aku akan cuba untuk menjadi yang solehah daripada yang solehah-solehah. ku jadikan "calon imamku" sebagai inspirasi untuk ku teruskan perjuangan ini. Moga aku bertemu dengan calon imamku kerana ALLAh. subna-Allah :)


senyum. aku harap cinta aku seperti ini ^^
senyum, jauh ku renung dari jendela maktabah. apakah hati itu akan akan berubah-ubah? bukan aku minta untuk setia pada manusia. aku terharu kesetiaanya pada yang MAHA ESA. aku berharap kesetiaan itu adalah istiqamahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...