Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

--@SaHaBaT SeJaTi ---@

-->HaKiKaT BaHaGiA -->

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Thursday, October 22, 2009

Satu penantian Sebuah kerinduan

satu penantian?? perbuatan yang aku sukar lakukann.perbuatan yang memerlukan kesabaran dan keihklasan.kekadang ku terasa lemah..sakit...putus asa..fikiranku buntu.adakah aku masih mampu dengan satu penantian?

YA ALLAh.. tabahkanlah hati hamba-Mu ini. sudah ku cuba, aku berdoa.aku berharap,aku redha atas segala yang terjadi....ku terima segala qada' dan qadar-Mu,..tetapi hatiku masih hiba..ya ALLAh,damaikanlah hatiku..



sebuah kerinduan??perkataan yang selalu ku bingkaikan di hatiku..perkataan yang aku dambakan daripada seseorang..bunga rinduku ini mekar tidak pernah layu,cahaya rinduku ini tak akan pudar mengharung sebuah harapan...

Wednesday, September 9, 2009

Perihal Mengenai Sahabat


Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.


Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

CARA-Cara memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sumber: http://ibnufariz.blogspot.com/

dari hati ke hati

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:

  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Sumber: Foward Email

Tuesday, August 4, 2009

QaLb!

Tiada seindah bicara selagi ada kata-kata
Tiada seindah bahasa selagi ada madah cinta
Tiada seindah kasih selagi ada sayang
Tiada seindah ukwah selagi ada ikatan

kata sohabi..ya ukti,pertahankanlah diri..jangan biar diri dipijak. itulah pesanan sohabi..tapi ana bingung..hati ana sakit nak jaga hati sahabat2 lain,ana cuba bersabar..hati ana terlalu rapuh..bagi ana sahabat terlalu bernilai...tika ana lalai dialah yang sedarkan..tika ana pasrah dialah pemangkin semangat...tapi disini ana ada bnyak kawan tapi tidak jumpa sahabat..ana cuba jadikan sahabat tapi tidak mampu..terlalu bnyak things yang buat ana terluka..terasa pedih dihati..ana nak jaga hati sahabat2 tapi hati ana yang terluka..apa yg terjadi ni??
bukan sengaja diri ini ingin begini..ana sayangkan ukhwah ini..

Ya Allah..tabahkanlah hati hamba-Mu yg jahil ini.kuatkanla ikatan ukhwah kami..jauhkanlah amarah2..astaghfirullahal a'azim..

Monday, August 3, 2009

ALiM pLaSTiK!!

astaghfirullahal a'azim...entah kenapa hati ini terasa sakit melihat pemimpin yg ALIM PLASTIK...
nak tau apa itu ALIM PLASTIK??
alim di depan mata orang TETAPI di belakang lain PULA..
SO HIPOKRIT!!!!
depan LELAKi nampak LEMBUT,kononnya dia lah paling ALIM...eloklah tersengih-sengih dihadapan muslimin,berdua2 an dengan muslimin..dimana perasaan malu seorang pemimpin MUSLIMAH???
ana SEDIH..
KECEWA..
fuh..g TaRBIAH sana sini..tapi BILA dengan LELAKi jadi LEMAH>>LEMBUT GEMALAI..sakitnya hati melihat keadaan itu..
YA ALLAH..jauhkanlah diri kami semua daripada menjadi lalai..berinkanlah petunjuk kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini..jauhkanlah fitnah dan sifat mazmumah ini..astaghfirullahal a'azim.. =(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...