Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 4, 2009

QaLb!

Tiada seindah bicara selagi ada kata-kata
Tiada seindah bahasa selagi ada madah cinta
Tiada seindah kasih selagi ada sayang
Tiada seindah ukwah selagi ada ikatan

kata sohabi..ya ukti,pertahankanlah diri..jangan biar diri dipijak. itulah pesanan sohabi..tapi ana bingung..hati ana sakit nak jaga hati sahabat2 lain,ana cuba bersabar..hati ana terlalu rapuh..bagi ana sahabat terlalu bernilai...tika ana lalai dialah yang sedarkan..tika ana pasrah dialah pemangkin semangat...tapi disini ana ada bnyak kawan tapi tidak jumpa sahabat..ana cuba jadikan sahabat tapi tidak mampu..terlalu bnyak things yang buat ana terluka..terasa pedih dihati..ana nak jaga hati sahabat2 tapi hati ana yang terluka..apa yg terjadi ni??
bukan sengaja diri ini ingin begini..ana sayangkan ukhwah ini..

Ya Allah..tabahkanlah hati hamba-Mu yg jahil ini.kuatkanla ikatan ukhwah kami..jauhkanlah amarah2..astaghfirullahal a'azim..

Monday, August 3, 2009

ALiM pLaSTiK!!

astaghfirullahal a'azim...entah kenapa hati ini terasa sakit melihat pemimpin yg ALIM PLASTIK...
nak tau apa itu ALIM PLASTIK??
alim di depan mata orang TETAPI di belakang lain PULA..
SO HIPOKRIT!!!!
depan LELAKi nampak LEMBUT,kononnya dia lah paling ALIM...eloklah tersengih-sengih dihadapan muslimin,berdua2 an dengan muslimin..dimana perasaan malu seorang pemimpin MUSLIMAH???
ana SEDIH..
KECEWA..
fuh..g TaRBIAH sana sini..tapi BILA dengan LELAKi jadi LEMAH>>LEMBUT GEMALAI..sakitnya hati melihat keadaan itu..
YA ALLAH..jauhkanlah diri kami semua daripada menjadi lalai..berinkanlah petunjuk kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini..jauhkanlah fitnah dan sifat mazmumah ini..astaghfirullahal a'azim.. =(

Friday, July 31, 2009

BiLa HaTi TeRdeSaK..

Hatiku sakit..
Jiwaku pedih..
tiada siapa yg tahu..
tidak ada yg perasan..

aku cuba istighfar,,Ya Allah,kenapalah aku sedih sangat..apakah dosaku?? detak hatiku "la tahzan,innalaha ma'ana"..aku cuba untuk sembunyikan kesedihan ini dari sahabat-sahabatku,aku tak mahu mereka lihat diriku yg dhaif ini..apa yg harus aku buat??
aku jalan..dan terus jalan...hilangkan diri dari pandangan orang,ke mana harusku pergi??di mana untuk kucari tempat ketenangan?? Ya Allah,aku cuba istighfar lg..betulkah apa yg aku buat??
tunjukkanlah aku jalan.. Ya Allah..aku masih mencari..kenapa??sedih? dari mana munculnya??



tiba-tiba aku nampak satu kenderaan..ALOR SETAR -KANGAR.alhamdulillah..aku tahu ke mana harus kutuju..BAITI JANNATI =).tanpa berfikir panjang aku terus menaiki kenderaan itu.
aku terus melabuhkan diriku di sit tengah..hatiku kelihatan tenang,tapi airmataku masih bertakung..menahan sebak..entah kenapa..mengapa..aku istighfar lagi,cuba tenangkan diri..kenderaan mula bergerak menuju detinasinya..aku pula masih mengenangkan diriku..air mataku mula jatuh tanpa henti..Ya Allah,..tabahkanlah diriku..istighfar ya IBTISAM.Aku bermonolog lagi..ibtisam tenangkan diri,.satu sign board terpampang di mataku AIR HITAM. Alhamdulillah dah sampai..sedikit senyuman kuberikan untuk diriku kerna dah jumpa destinasi ketenanganku.. =) ,berjalan menuju ke rumah dengan penuh harapan..ku lihat kiri ku pandang kanan..erm..tak ada orang?? aku buka dedaun pintu..badanku lemah,perlu rehatkan diri..mataku terpejam sendiri..tiba2,tok!! tok!! eh..mama dah balik..aku tersenyum lihat wajah mama dan adik kesayanganku..tenanglah hatiku melihat telatah mama dan adik..


Ya Allah,.setelah kau berikan aku duri..kau hantarkan aku bunga...Alhamdulillah,.=),

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”


Riwayat Abu Daud





Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Monday, July 27, 2009

kenapa manusia suka mengaibkan sesama sendiri

sakit hati bila memikirkan sikap orang sebegitu,apakah yang mereka fikirkan???
tidakkah mereka memikirkan perasaan orang lain.kenapa mesti nak pentingkan diri sendiri?? hanya fikirkan perasaan diri sendiri,perasaan orang diabaikan,,kenapa perlu riak??
tidakkah sedar semua tu dosa belaka.ke mana ilmu yang dipelajari??sia-sia sahaja jika bermegah-megah dan hanya berkata-kata tetapi tidak mengamalkan...MySpace

Hadith :
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."

Abu Hurairah r.a

Huraian
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Ya ALLAh,jauhkan aku dari sifat-sifat mazmumah.. =(

Monday, July 20, 2009

Insaf Redha Tawakkal

Narrated 'Umar bin Al-Khattab;

I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

Runtuhkan berhala fanatisme dan materialisme. Ideologi manusia berbeza dan ia tidak boleh diubah melainkan jika mereka kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah. Sifat keterbukaan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam mencari kebenaran akan menyelesaikan segala pertelingkahan. Umat Islam patut bersatu daripada segala aspek, ketepikan perbezaan dan raikan persamaan yang wujud diantara kita.

Setiap manusia akan diuji Allah swt dengan pelbagai ujian, semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin besarlah ujian yang akan diberikan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara, contohnya kesedihan ditinggalkan orang yang paling disayang, maka jadikanlah kesedihan itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya. Hasbiyallah...

Di dalam hidup manusia, perasaan di antara lelaki dan wanita merupakan suatu perkara yang hakikat. Jika perasaan itu melampaui batasan, mereka akan mula melupakan siapakah dan dimanakah Yang Maha Mencipta. Dunia ini segalanya adalah ujian daripada Allah swt, bersabarlah menghadapi dugaan dan yakinlah yang janji Allah swt itu akan pasti berlaku. Jangan sampai keluargamu, anak-anakmu, isterimu, dan kekayaanmu menyebabkan kamu lupa kepada Allah swt.

Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal, alangkah indahnya jika balasan itu hanya ditimpakan oleh Allah swt di dunia ini, dan kemudian ia diambil lalu dijadikan pengajaran oleh hambaNya. Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."


Jadikan setiap kesulitan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan

Monday, July 13, 2009

phonology!!

hari ana bljr ilmu aswat (علم الأصوات) dalam bahasa melayu di sebut fonologi.
fonologi (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~melayu~.
aduh!! sush sangat..xfaham pn..tp yang ana tau fonologi ni perkataan yg berbeza tapi benda yang sma. contohnya telefon bimbit..dalam b.inggeris disebut handphone..dalam b.arab mahmul..perkataan,bunyi n bhasa yg berbeza kn?? padahal benda yg sama..hik3

Saturday, July 11, 2009

CINTA YA RABB.. :-)



CINTA..
Tak perlu ku ungkapkan segalanya…
Tak perlu ku isi ruangnya…
Ia datang tanpa ku jemput…
Ia pergi tanpa ku suruh..
Kekadang membahagiakan jiwa…
Kekadang menghiris hati ini…
Setianya menanti..
Taatnya menunggu…

YA RABB..
Tanpa-Mu siapa aku..
Tanpa-Mu sunyinya aku...
Di mana diriku..
Kau selalu ada untuk aku..
Bahagiaku Kau anugerahkan..Alhamdulillah
Sedihku Ujian-Mu..Astaghfirullah
Kesetiaanku hanya untuk-Mu..
Ketaatanku menuju syurga-Mu..

CINTA YA RABB..
Ungkapan bicaraku hanya pada-Mu..
Luahan hatiku hanya untuk-Mu..
Perjuanganku di jalan-Mu..
Hanya CINTA YA RABB pilihanku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...