Bahagia itu Milik Kita :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 24, 2009

Perjalanan hidupku masih lagi jauh

perjalanan hidupku masih jauh
aku tinggal di dunia aku sendiri
namun aku tidak mengerti
kerna apa-apa saja boleh berlaku
bila aku mengambil peluang

aku tidak pernah percaya
mengapa aku biarkan diriku percaya
yang keajaiban boleh berlaku
aku tidak menyangka yang aku terlalu alpa
apa yang tidak aku nampak
aku tidak pernah membuka hatiku

#### the End####

Wednesday, December 23, 2009

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


yaa..kdg2 suma inilah yg terjadi...tiada yg mudah,,ada yg payah...xmungkin juga mengalah..

Tuesday, December 15, 2009

Bicara Hati Seorang Wanita....

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan


Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat
dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.


Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……


Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di
medan jihad :


“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMuInilah pengaduan harap dan munajatKiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

Friday, December 4, 2009

Sajak Sahabat

Ada kalanya...
kuingin sekali tersenyum
mengenang wajahmu dan manis senyummu
kembali memutar kenangan lalu
beriak tenang di tasik hatiku...

Ada kalanya...
kuingin sekali membelai harapan
mewarna impian yang kian lama tercipta
mengubah jaluran pelangi milik kita

namun, ada kalanya...
kutakut segalanya tak terrealisasi
sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari
ku takut air mata kan gugur lagi

Kasih, perasaan apa yang berputik kini
hingga mengganggu emosi diri
hingga malamku sendat dengan mimpi

Kusangsi...
di mana letaknya bahagia
cukupkah dengan bersandiwara
seperti tiada getar di dalam rasa
seperti tiada cinta di dalam hati...

namun... terlalu sukarnya meluah rasa
terlalu payahnya menutur kata
saat bila kan terlaksana...
kasih ini apa kesudahannya..

Wednesday, November 25, 2009

kenangan SMKDSA (^_^)

Warkah dr sahabat untuk diriku..









Asrama SMKDSA 2005
- 27 MAC 2005-
- 2.30 A.M-

menemui sahabatku IBTISAm..

Hi,tsam.Ingat aku lg tak? aku tak tahulah sebab apa aku tak boleh tidor.so,aku ingat nk menulis warkah ni kat hang. first time tulis ni.so,simpanla buat KENANGAN.sory la sbb aku xda hadiah ringan untuk ang p sna. aku xtau apa yg harus aku bagi kat hang. waktu hang habaq nk pindah pun aku dh jadi kaku,tapi takpa untuk msa depan hang aku rela berkorban. Hadiah yang dapat aku bagi pun hanyalh kenangan kita bersama dari taun 2003-2005(mac) ni sahaja. kenangan yang penuh suka dan duka.onak dan duri. Ingat tak lagi first time ang msuk skolah ni.aku dok sorang2 pastu dok berdua ngan ang. Yang budak2 laki lak asyik dk kcu hang,tambah2 Alif dan fendi.lwak tol la bila ingat blik.pastu taun pertama kita dk asrama. kita ja yg pkai bju kurung dari pagi smpai ke petang. ingat lagi waktu kita keluar sama2 pastu ada orang tegur 'eh.ampa ni kembar ke?' he..he..he..kembar ke? mka kita sma ke? Ingat x lagi waktu first time kita gaduh sampai nangis2 tu. Malam tu plak buat fire drill. Waktu tu mmg aku geram sgt kt ang sbb aku gerak ang xbngun2.Eeeeee...rasa mcm nk tendang ja biaq jatuh katil.tapi tu semua hanyalah tgl knangan kita bersama. Bila lagi kita boleh harungi semua tu lagi? takpa kita cb msuk U yg sma. Aku tau anf sedih tapi xpayahla sedih. Bila ang sedih..aku pon sedih.aku mms sedih sgt2 ang nk p sna. tapi takpa aku ada kinah lagi. Nant klu ang jmpa PIE kt tengah jalan kirim salam kt dia noh.



aku tau hang pon da trasa ngan aku,mrah,sakit hati,mcm2 lagilah.so,aku minta maaf bnyak2.
hai..cepat snggu msa berlalu.Rasa macam sehari dua je.Pejam celik hang dah nk pindah..scr mengejut lak tu #### GOOD LUCK On YOU #######

YG SPECEL
** anis** - TAMAT- 3.00 A.M
#TDOQ#








SAKINAH VS IBTISAM

assalamulaikum..Maassalamah asdiqak

hi,hang rasa mcmna bla dapat pindah p sana? mesti sedih kn?Hmmm..kami pon sedih..aku cuma tahan je sedih.coz takot air mata ni jatuh..tapi tak palah aku harap ang stadi ktsana lelok..jangan buas2..take
care yourself, co kt sna tempat orang..tapi aku percaya kt ang yg ang boleh urus dr sndri.lgpon kt sna ada org nk jga ang. kt sna nant ingtlah aku dan anis sentiasa..doakn kejayaan kami ddunia dan akhirat.bla da msa lapang..jnguklah kami kt cni. Nant kt sna klu ada balaks bru yg nsem2,tlglah rekemen kt aku sorg dua..he..he..he..rajinlah antaq email kt aku @ msj..tu pon klu aku blik umah. oklah,lastly...aku nk mnta maaf bnyak2 jka ada yg terkasar bahasa...harap dimaafi..aku akhiri surat ini dgn lafaz..Assalamualaikum..bye..mmmuuuaaah...

aku tuls dgn wrna pink coz ang sk wrna pink...

sahabatmu...
@@@ SAKINAH@@@@




buat sahabat...

Ku biar kalam bebicara..
ku biar pene menulis..
,ungkin sudah suratan hidupku..
kasih yang lam terjalin sudah berpisah dr genggamanku..

menitis air mataku keharuan..
kepada sebuah pertemuan..
kerana pertemuan itu..
telah disingkap perpisahan..
yang tidah pernah aku inginkan..


sahabatku...
ku doakan smoga kita dpt berjumpa lagi...membawa kenangan dlu...

##### Anis,Sakinah,Nazri, Shafie (pie) ####

*** the End***




Tuesday, November 24, 2009

kekhilafan diri

aku terlupa sesuatu....

RASULALLAH S.A.W
pernah berkata:
yg perlahan-lahan itu adaalah dr ALLAH..
yg tergopoh-gapah itu adalah dr syaitan..

na'uzubillahi min zalik..
astaghfirullahal a'zim..

jauhkanlah aku dr sifat itu..

Sunday, November 22, 2009

kecewa!!!

mlm ni terasa sngguh kecewa..

K.E.C.E.W.A...kecewa sgt,,

mgkn mcm ni perasaan org yg telah aku kecewakan dhulu..

aku kecewa dgn diri sndiri..

terlalu lalai..

lupa diri..

janji..harapan..aku akn cb buang jauh dr sudut hatiku..

hidupku untuk hnya untuk MEHNAH..INSYAALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...